Sunday, June 15, 2008

MENGAPA SERANG ANWAR???

Terdetik hati ini untuk menjelaskan kepada pembaca blog ini, mengapa banyak bingkisan dalam blog ini yang menyerang Anwar Ibrahim...Ianya bukanlah kerana Anwar Ibrahim itu musuh ketat atau musuh politik penulis. TETAPI dengan BUKTI yang LENGKAP dan SAHIH, Anwar adalah musuh kita semua..MUSUH yang kita lihat sebagai pejuang tetapi yang akhirnya akan menggunakan kuasanya untuk memusnahkan negara kita yang tercinta ini.


Bukalah minda kita, bukalah hati kita...supaya kita faham perjuangan 'LUHUR' Anwar hari ini hanya sekadar topeng untuk memikat, hanya sekadar menanam tebu di tepian bibir...Jangan kita terpesona dengan tarikan MAGNETO Anwar.


Menggunakan landasan mahasiswa sebagai medan kerana MAHASISWA lah yang mudah terpikat dengan agenda Anwar..keluh kesah dan keghairahan mahasiswa dengan isu negara telah membuka ruang kepada Anwar dan sekutunya untuk menggunakan kelompok kita senagai alat dan batu loncatannya.


Biarlah ruang ini menjadi timbang tara kepada mahasiswa untuk mendapat kepastian dan kebenaran.


Kehadiran sekalian Mahasiswa untuk berdiskusi amatlah dialu - alukan.


Tanpa MAHASISWA atau dengan MAHASISWA perjuangan mesti diteruskan.

PERENGGAN 3 : ANWAR DAN YAHUDI

Menyeru dengan kebenaran, menyeru dengan kesabaran, itulah landasan yang direstui ALLAH SWT. Mengingatkan diri sendiri dan rakan2 sekalian agar kita tidak goyang mahupun terlupa tentang amanah besar dibahu ini. AMANAH menyedarkan umat Melayu yang tidak mahu berfikir dan mengikut hati sahaja. IKUT RASA BINASA,IKUT HATI MATI.

Fakta kebenaran akan menutup Auta pembohongan. Janganlah risau saudara sekalian,TERUSKAN walau SETAPAK. Dengan rendah hati marilah kita memohon kepadaNYA, semoga terbuka hati yang tertutup, semoga sejuk hati yang panas, semoga berlapang hati yang membeku.


Kepada semua Umat Melayu, hari ini ada insan yang menyatakan perjuangan BANGSAMU tidak relevan lagi..PERJUANGAN RAKYAT adalah segala-segalanya. BENARKAH???atau itu hanya lembah yang menanti untuk menguburkan kita.

Jangan takut saudaraku, perjuangan bangsa adalah dituntut dalam ISLAM. Nasib bangsa hanya ditangan bangsa itu, bukan ditangan bangsa lain. Jangan tunduk dengan tekanan hebat hari ini, jangan takut menyatakan kebenaran. Rapatkan BARISAN, pastikan saf kita lurus.

INI SENJATA KITA, ANWAR IBRAHIM tidak boleh dibenarkan memimpin kerana dia adalah PETUALANG. Dia adalah MANDALIA zaman ini. MANDALIA adalah orang yang bertanggungjawab dalam keruntuhan Kesultanan Melayu Melaka kerana bersekongkol dengan Portugis.

Kenyataan Anwar :"Dari awal, sebanyak US$56 juta telah dijanjikan kepada Yayasan. Setakat ini,yayasan hanya menerima dana dari Turki,UK dan Jordan, antara lain. Amerika Syarikat tidak memberikan sebarang dana kepada yayasan"

Mari kita belajar menganalisis segala auta dan putar belit Anwar Ibrahim.

Satu, ternyata pembelit ini menyembunyikan fakta. Buktinya, putar belit Anwar bercanggah dengan kenyataan US Department of State yang menyatakan "To date, initial contributing governments have committed over $50 million to the Foundation, including $35 million from the United States through the Department's Middle East Partnership Initiative. Other financial contributors include Bahrain, Denmark, the European Commission, Greece, Hungary, Italy, Jordan, Netherlands, Spain, Switzerland, Turkey, Qatar, and the United Kingdom."

Kedua, Anwar cuba membelitkan fakta diatas ekoran isu yayasan itu di taja US dan Yahudi telah menjadi topik utama media massa. Malah sikap lidah bercabang Anwar Ibrahim juga terbukti kerana kenyataan diatas adalah sangat bercanggah dengan kenyataannya sebelum itu yang bertarikh 16 Julai 2006 dalam blognya.
"Walau pun Yayasan diperingkat awal ditaja dan dibiaya oleh Pemerintah, setakat ini berjumlah 55 juta dolar Amerika, tetapi Yayasan bebas bergerak merangka program dan strategi untuk mejana pembaharuan berdasarkan prinsip kebebasan dan demokrasi."

PERSOALANNYA??? YANG MANAKAH BENAR???

SEMUA KENYATAAN INI DATANG DARI LIDAH ANWAR SENDIRI DAN DATANG DARI MATA PENA PAPAN KEKUNCINYA.

Saudara sekalian (Penyokong taksub DSAI),

Saudara selalu menuduh orang yang menulis tentang DSAI adalah mereka yang buta hati kerana membaca UTUSAN dan BH serta tertipu dengan dakyah dan propaganda UMNO.

TETAPI, saudara sekalian harus faham dan tahu bahawa ini hasil bacaan tulisan DSAI sendiri.

MAKA, saudara sekalian juga buta hati dan mata kerana terpesona dengan dakyah DSAI yang lidahnya memang bercabang.

Yang Ketiga, Jika kita teliti kenyataannya pada 16 Julai 2006, DSAI menyebut tentang PEMERINTAH... Siapa PEMERINTAH yang bertanggungjawab keatas Yayasan Masa Depan ini?? Jordan kah? Bahrain kah? Afrika Utara kah? BUKAN!!! Jawapannya ialah AMERIKA SYARIKAT.

Ini kerana, pada 23 September 2006, Sandra Day Occour telah membawa Jawatankuasa Eksekutif Yayasan (5 orang termasuk DSAI) ke US untuk mengadakan perbincangan tertutup dengan US Depatment of State di Washington DC.

JIKA US tak terlibat dan membantu, KENAPA mesti perlu mengadakan perbincangan?TERTUTUP pula tu!!!MESTI ADA AGENDA kan!!!


AKHIR KATA,
Fahamilah bahawa tujuan penulisan ini hanya untuk mendedahkan anda dengan agenda Yahudi melalui idea NEO CONS dan telah membina rangkaiannya di Malaysia. ANWAR IBRAHIM MESTI DITOLAK DAN RAKYATLAH YANG BERHAK DAN BERKUASA DALAM HAL INI.

JANGAN TERPEDAYA DAN TERKESIMA DENGAN MADAH BERHELAH ANWAR IBRAHIM!!!!

KEPADA RAKAN-RAKAN,
Teruskan usaha membantu bangsa Melayu untuk memastikan ISLAM tetap di Tanah Melayu yang bernama MALAYSIA.

Sunday, June 1, 2008

KIAMAT DAH DEKAT


Tanpa sedar tanda kiamat semakin jelas di hadapan kita, dah banyak tanda yang timbul..baru2 ini di Sek Men Agama Pahang di Muadzam Shah tempat anak saudara belajar dikhabar muka surat Al Quran yang selalu digunakan telah hilang...ini bukan sesuatu pembohongan atau untuk menakut -nakutkan tetapi realiti yang benar2 terjadi...tetapi pihak sekolah terpaksa tutup kes bagi mengelakkan kegemparan....MASYALLAH...YA ALLAH, AMBIL LAH NYAWA HAMBA DALAM KEADAAN BERIMAN, SESUNGGUHNYA PADA MU SAHAJA TEMPAT HAMBA BERLINDUNG..AMIN.



Bila difikir - fikirkan, memang lah dunia ini semakin pendek usianya..banyak hal yang terjadi..semuanya membimbangkan..



Pengurusan negara juga semakin kucar - kacir.....menakutkan!!



Sedikit demi sedikit nikmat yang dikurniakanNya ditarik semula...memang menakutkan!!!



Pemimpin munafik dan fasik telah mula bermaharajalela...sudah mula mendapat tempat di hati rakyat...manakan tidak munafik jika lain yang dijanji lain pula yang dikotakan...Lihat saja di Selangor Darul Ehsan....Kerajaan Pakatan Rakyat milik PKR-PAS-DAP semakin jelas sifat munafiknya...yang terbaru Datuk Dr Hassan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor) mengHARAMkan program Islam Hadhari yang tidak selari dengan ajaran Islam yang mahu dibawa PAS..hanya kerana berbeza fahaman politik kita menolak ajaran agama yang hakiki....Na'uzbillah!!!



Dr Hassan Ali lebih sanggup mengHALALkan Kandang BABI yang juga di rancang oleh Kerajaan sebelumnya di Selangor..Lebih sanggup mengHALALkan kilang CARLSBERG di Shah Alam yang menjadi penyumbang utama pendapatan negeri Selangor..



APA INI SEMUA???



Apakah kerana program Islam Hadhari tidak memberi keuntungan kepada politik PAS dan Pakatan Rakyat....dalam hal ini tanpa rasa bersalah dan angkuhnya mereka mengharamkannya!!



ALASANNYA mudah, Islam Hadhari tidak memberi apa2 keuntungan samada secara kewangan atau keuntungan politik.



TETAPI yang menimbulkan keraguan mengapa projek Kandang Babi yang diluluskan oleh kerajaan BN diteruskan juga semasa pemerintahan Pakatan Rakyat???? MUSYKIL memang MUSYKIL...adakah kerana ada peluang untuk mendapat sedikit untung disitu??



Kilang Arak pula macamana???? Lesen Judi pula apa cerita???



Memang dunia nak kiamat...pemimpin munafik begini telah diangkat oleh rakyat untuk mentadbir...