Tun Dr Mahathir telah mengisytiharkan keluar UMNO diikuti Tun Dr Siti Hasmah dan kemudiannya oleh Mokhzani, APAKAH FENOMENA INI ADALAH AGENDA PERIBADI TUN SAHAJA???
Isu ini dilihat sebagai tindakan POLITIK semata - mata oleh kebanyakan ahli politik samada orang UMNO sendiri mahupun orang2 pembangkang dan ahli komponen BN yang lain. INILAH KEDANGKALAN ILMU POLITIK ORANG POLITIK!!!
Wal hal rakyat melihat fenomena ini sebagai sesuatu yang menyeramkan dan bencana besar kepada negara!!
Jika anda ragu-ragu pergilah ke kedai2 kopi di kampung2, pergilah ke food court @ asrama di universiti2....PASTI anda dapat mendengar keluh kesah tentang fenomena ini....
RAKYAT tertanya - tanya???? arus manakah yang betul dan mesti diikuti??????
Mahu ikut UMNO/BN @ ikut TUN @ join Pakatan Rakyat?????
UMNO/BN dilihat sebagai parti yang telah mendapatkan kemerdekaan dari Inggeris...pengalaman mentadbir Malaysia lebih dari 50 tahun...dan pencapaiannya telah terbukti dibawah 4 Perdana Menteri terdahulu dengan perpaduan yang baik dikalangan rakyatnya....Jasa UMNO/BN memang tiada tolok bandingnya...Keyakinan rakyat terhadap parti ini memang tiada berbelah bahagi...rakyat memang mahu menyokong UMNO/BN...TETAPI UMNO/BN hari ini dilihat terlalu lemah di bawah pentadbiran PakLah...Tiada langsung tentangan atau bunyi2 untuk 'menentang' Kelemahan ini kecuali dari Mukhriz dan Ku Li sebagai orang yang senior dalam UMNO....nampaknya ahli UMNO/BN hari ini adalah ahli yang takut kehilangan jawatan dan pangkat....Jadi PERSOALAN RAKYAT ialah UMNO/BN sangat sukar untuk diharap ketika ini.
Kelibat TUN M dalam gelanggang politik hari ini dilihat sebagai GILA KUASA oleh kebanyakan ahli politik terutama di kalangan ahli UMNO peringkat atasan TETAPI pada RAKYAT kelibat beliau sebagai sesuatu yang RELEVAN dan mesti diambil berat, RAKYAT berfikir mesti ada sesuatu yang tidak kena dalam pimpinan hari ini jika tidak masakan TUN M marah sebegini...RAKYAT melihat TUN M sebagai pengangkat Tamadun Malaysia di mata dunia...malahan di peringkat antarabangsa suaranya masih diterima pakai, buah butir bicaranya masih didengari. INILAH YANG MENYEPIT rakyat untuk memilih antara UMNO/BN @ TUN M???? kedua - duanya sangat melekat dihati rakyat...tetapi kedua - duanya punya kelemahan ....UMNO/BN lemah kerana pemimpinnya dan TUN M lemah kerana kuasanya sangat terhad hari ini.
Jadi yang menangguk di air keruh ialah Pakatan Rakyat yang agendanya untuk RAKYAT sangat kabur....tetapi lebih kepada agenda peribadi dan agenda badan politik semata - semata....JANJI2 MANISNYA kini telah diabetis kepada diri sendiri dan RAKYAT semakin faham bahawa mereka bertanding hanya sekadar untuk menjadi ahli pembangkang bukan untuk memerintah sebab itulah mereka boleh menjanjikan langit dan bumi,BUKTINYA MUDAH...tiada pakatan yang sahih dan nyata antara PKR, PAS dan DAP semasa penamaan calon PRU 12 yang lalu. Mereka bertanding atas kapasiti parti masing2 dan berunding serta berpakat tanpa pelarsan yang jelas..di Kelantan, PAS bergerak secara solo kerana keyakinan yang tinggi tanpa perlu mengharap belas ihsan komponen pembangkang lain(PKR hanya melukut ditepian gantang sahaja di Kelantan) TETAPI di Selangor kerjasama antara PKR - PAS sangat erat dan utuh sehinggakan PAS Selangor sanggup menerima kandang BABI PKR di sana.
Di Penang, DAP sangat angkuh dengan kabinet negerinya tanpa mengambil kira PKR dan PAS TETAPI di Perak mereka sanggup menerima MB dari kalangan orang PAS dan menganggap PAS seperti saudara sendiri..INI SEMUA HANYA KERANA KEPENTINGAN KUASA PERIBADI MASING2......
MARILAH MAHASISWA SEKALIAN KITA BERFIKIR DAN MENCARI JALAN YANG TERBAIK...SUPAYA ARUS YANG KITA IKUTI NANTI ARUS YANG AKAN MEMANFAATKAN SEKALIAN ALAM INI.