Sunday, May 4, 2008

PILIHANRAYA KAMPUS : APA PULA KEPUTUSANNYA?

Sedikit bingkisan untuk renungan bersama, Pilihanraya Umum Ke 12 telah berlalu malah isu-isu pentadbiran kerajaaan negeri juga telah dibangkitkan. Selangor dengan babi-babinya, Pulau Pinang dengan pentadbiran contoh Umar Abdul Aziz, Perak dengan isu pertukaran 24 jam, Terengganu dengan misi MB barunya, Sabah dan Sarawak dengan isu lompat parti...macam-macam yang timbul.

Apa pula yang bakal berlaku di universiti awam apabila menjelang Piliharaya Kampus 2008? Apakah signifikannya dengan PRU 12, apa pula persiapan Pro Aspirasi dan apa pula strategi Pro Mahasiswa? Mungkinkah terjemahan rakyat dalam PRU 12 yang menolak dan memprotes BN akan turut menjadi petunjuk kepada mahasiswa untuk menolak calon-calon Pro Aspirasi? PRK 2007 menonjolkan kekuatan barisan Pro Aspirasi di semua Universiti kecuali di UIA yang menunjukkan kekebalan Pro Mahasiswa.

Mungkin juga, hari ini Pro Mahasiswa begitu berkobar-kobar untuk menang kerana petunjuk positif dan cenderung kepada mereka. Dalam analisis pemerhati politik menyebut tentang kekalahan BN dalam PRU 12 adalah disebabkan oleh pengundi muda. Jadi pengundi muda ini rata-rata adalah bekas mahasiswa dan juga mahasiswa. Jika analisis ini di ambil kira, maka kesan tsunami pilihanraya umum akan sekali lagi menggoncang dan meruntuhkan Pro Asprasi di semua Universiti.

Seronok juga melihat pertembungan angin ini, pertempuran politik pasti akan lebih sengit. Penglibatan pihak luar juga pasti akan wujud di universiti terutama di universiti utama. Semua pihak yang terlibat pasti mahukan kemenangan untuk memastikan kredibiliti mereka tidak tersentuh. Jadi tidak hairanlah tahun 2008 akan menyaksikan duit-duit bertaburan disana-sini. Mungkin andaian ini satu kejahilan tetapi inilah realiti yang berlaku dalam PRK.

Eloklah persoalan ini digantung dahulu untuk tatapan minda mahasiswa. Semoga PRK 2008 berjalan lancar dan hangat, lebih hangat dari biasa.

No comments: