Wednesday, April 16, 2008

MAHASISWA KITA

Selalu kita dengar, mahasiswa kita dipergunakan. benarkah??? adakah anda dipergunakan?? YANG PASTI, memang ada keterlibatan puak-puak berkepentingan menggunakan mahasiswa atas pelbagai alasan untuk mengajak mahasiswa 'berurusan' dengan hal-hal yang akan memberi keuntungan kepada puak-puak ini. Dari masa ke masa kita akan membuktikan kenyataan ini.
Hari ini, sudah ada Parti Mahasiswa Negara yang dipelopori oleh Azlan Zainal, tapi kita tahu mereka ini adalah kuda tunggangan. Ada banyak kaitannya, misalnya slogan PMN "Generasi Baru Untuk Malaysia Baru" ada kena mengena dengan slogan PKR @ DSAI "Harapan Baru untuk Malaysia". Background warna pun ada kesamaan iaitu warna kuning. Adakah ini semua secara kebetulan @ PMN memang kuda tunggangan PKR dan PAS. BERFIKIRLAH wahai Mahasiswa!!!!
Parti Mahasiswa Negara telah mencemar keagungan universiti sebagai platform percambahan ilmu. PMN telah menunjukkan mahasiswa hari ini memang redha untuk ditunggangi. Mereka ini selalu menentang campurtangan kerajaan @ UMNO dalam universiti tetapi mereka sendiri adalah alat PKR dan PAS. INIKAH YANG DIKATAKAN PEJUANG HAK KEBEBASAN BERSUARA DAN BERFIKIR?????
Sebagai mahasiswa, kita mempunyai 2 pilihan sahaja. Yang PERTAMA, kita menolak elemen-elemen asing ini secara total. Atau Pilihan KEDUA, kita menerima sahaja. jangan kita persoalkan penglbatan puak-puak ini dalam kampus. Mana yang menjadi pilihan anda??? JAWAPANNYA hanya terletak pada hati mahasiswa sekalian.

No comments: