Sunday, May 4, 2008

DI MANA MAHASISWA : AKHBAR GEREJA MOHON GUNA PERKATAAN ALLAH

Hari ini, 5 mei 2008 Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan gereja Katholik untuk membuat semakan terhadap larangan penggunaan perkataan ALLAH dalam penerbitan mereka iaitu Herald-The Catholic Weekly. SATU PERMULAAN SEMULA untuk menidakkan kepercayaan umat Islam dan satu bentuk penghinaan terhadap Islam.

Di mana Mahasiswa yang kononnya memperjuangkan Islam? Di mana Mahasiswa yang dikatakan sensitif terhadap isu dalam negara? Di mana Mahasiswa yang selalu berdemonstrasi atas nama kebebasan bersuara? Di mana Mahasiswa yang mendakwa mereka adalah Persatuan Mahasiswa Islam? Apakah ulasan dan pandangan Zainul Faqar dalam blognya yang sangat berpengaruh? Di mana Azlan Zainal bersembunyi dalam hal ini? Di mana YDP MPP dan ahlinya? Di mana intelektualnya Mahasiswa menyelesaikan isu secara rundingan? Di mana Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan?

Mengapa tiada apa-apa perarakan Mahasiswa di hadapan Mahkamah Tinggi hari ini? Mengapa mahasiswa mendiamkan diri? Mengapa mahasiswa tidak menantikan keputusan mahkamah ini?

MUNGKIN KERANA ISU INI TIDAK MEMBERI SEBARANG POPULARITI KEPADA MAHASISWA ATAU MAHASISWA YANG TERBUKA HARI INI MEMANG BERSETUJU SUPAYA PERKATAAN ALLAH BOLEH DIGUNA PAKAI OLEH SESIAPA PUN.

JIKA MAHASISWA GAGAL ATAU TIDAK BERJUANG DALAM ISU INI, MOLEK BENARLAH DIBUBARKAN SAHAJA PARTI MAHASISWA NEGARA, ELOKLAH DIKAFANKAN SAHAJA PERSATUAN MAHASISWA ISLAM.

Mahasiswa yang dilihat sebagai agen perubahan sebenarnya adalah agen tunggangan semata-mata. Mahasiswa hanya akan beraksi apabila ada 'sebatan' dari penunggangnya, Mahasiswa hanya akan kedengaran 'salakannya' apabila tuannya diganggu gugat. Mahasiswa akan berkejaran dengan jeliran lidahnya apabila tuannya memanggil untuk diberi makanan.

MALANG SUNGGUH KITA KERANA HARAPAN KITA KEPADA MAHASISWA HANYA TINGGAL HARAPAN.

2 comments:

azrinizam said...

dalam surah Al Maidah ayat 51 sudah diterangkan kita jangan jadi sahabat pun dengan orang Yahudi. Satu pendedahan yang bagus. Teruskan perjuangan.

Anonymous said...

salam

Allah means God in arabic. Tuhan dlm bahasa melayu.

semua org Arab tak kiralah Islam ke Christian ke...sapa2 jela...use the word Allah to refer to God....
sapela kita nak main chop2 Allah tu Tuhan Islam. there is no such thing...

sila kaji dulu sebelum bertindak.

wallahualam.