Thursday, July 17, 2008

KONTRAK SOSIAL : SATU KUPASAN

Salam pertemuan kepada rakan-rakan dan pengunjung sekalian, sudah hampir satu bulan tidak menulis, berikutan banyak assignment dan perkara perlu diselesaikan, maklumlah semester baru sahaja bermula. Banyak juga isu - isu terkini yang tidak diceritakan, yang terbaru DEBAT DSAI dengan SHABERY CHEEK, tentang harga minyak. Blogger - blogger lain telah pun mengupas dan memberikan pandangan mereka sama ada kalangan blogger pro kerajaan mahupun blogger pro Anwar dan kalangan mereka yang membuat justifikasi adil dan saksama tentang debat yang julung kali diadakan di negara seperti Malaysia.


Ada juga yang menarik perhatian walaupun kelihatan berat sebelah, tetapi mengutarakan timbangan yang bernas. Blogger seperti azrinizam dalam angin perubahan nampaknya menyebelahi Shabery Cheek tetapi pandangan dan tulisannya sangat menarik dan ada relevannya. Alhamdullillah...kerana orang seperti azrinizam jelas tentang sikap sebenarDSAI.

Hari ini, bukanlah sebenarnya mahu bercerita panjang tentang isu debat ini. Adalah lebih baik tulisan ini dipanjangkan terus kepada tajuknya iaitu tentang Kontrak Sosial.

Semasa menyelesaikan satu kertas kerja berkaitan subjek kenegaraan, kumpulan kami telah mengambil keputusan untuk membentangkan kupasan tentang Kontrak Sosial di Malaysia. Di peringkat awal, kesukaran kami adalah untuk mendefinisikan kontrak sosial itu sendiri kemudiannya ahli kumpulan kami sendiri tidak tahu langsung tentang apa itu kontrak sosial, tidak tahu apa kontrak sosial yang meng'ikat' kaum di Malaysia. TERKEJUT!! TERKEDU!! TERFIKIR DAN TERLINTAS DIBENAK HATI INI...rupa - rupanya masih ramai yang tidak tahu langsung tentang Kontrak Sosial..lebih malang lagi MAHASISWA juga TIDAK TAHU dan TIDAK FAHAM!!!! Barulah kita faham sekarang..Mahasiswa yang sering turun dan menentang rupa - rupanya tidak tahu langsung tentang 'Perjuangan' dan 'Penentangan' mereka!! JELAS dan NYATA kerana mereka sering bercakap perihal penindasan kaum dan ketidakadilan tetapi MEREKA TIDAK TAHU PUN realiti yang sebenar...MAHASISWA hari ini hanya melihat dengan 'mata' emosi bukan dengan mata hati..mudah benar termakan pujukan dan provokasi..


DEFINISI : KONTRAK SOSIAL ialah satu bentuk pakatan atau persetujuan untuk mencapai sesuatu maksud atau tujuan antara 2 pihak atau lebih sama ada secara bertulis atau lisan.


CONTOH : Piagam Madinah iaitu perjanjian yang di antara kaum Muhajirin dan Ansar yang di ilhamkan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Maka negara Islam pertama di dunia terbentuk. Piagam Madinah mengandungi 47 fasal yang dipersetujui.

Di Malaysia, Kontrak sosial wujud di antara orang Melayu dengan orang Cina serta India yang pada hari ini merangkumi Melayu dan Bumiputera Sabah/Sarawak.

TUJUAN :


i) ianya bertujuan untuk menyelesaikan perbezaan kepentingan diri atau kelompok masing - masing.
ii) memastikan kepentingan majoriti dan minoriti di ambil kira tanpa menjejaskan hak dan kepentingan masing-masing.
iii) memastikan persetujuan yang dicapai kekal dan diwarisi turun-temurun kerana persetujuan dianggap memenuhi kepentingan yang berpanjangan.
iv) memastikan setiap pihak yang bersetuju mematuhi dan menyampaikan kepada generasi seterusnya agar ia tidak bercanggah di masa depan.


Isi Kandungan Kontrak Sosial di Malaysia.


i) Orang Melayu menerima dan mengiktiraf orang Cina dan India sebagai warganegara. (Berasaskan prinsip Jus Soli).

ii) Orang Cina dan India mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa persekutuan.

iii) Orang Cina dan India mengiktiraf agama Islam sebagai agama persekutuan.

iv) Orang Cina dan India mengiktiraf kedaulatan Raja - Raja Melayu


v) Orang Cina dan India mengiktiraf Hak keistimewaan orang Melayu



Jika kita lihat dengan 'mata' emosi maka kita generasi hari ini akan menyalahkan generasi terdahulu sebagai punca di atas apa yang kita katakan sebagai ketidakadilan. MEMANG orang Melayu memberi 1 tetapi menerima 4 dan sebaliknya.

Biarlah apa jua penilaian kita generasi hari ini....PENEKANAN disini ialah kontrak sosial yang dimeterai ini memang ADIL dan SAKSAMA untuk semua kaum dan pihak di Malaysia

Sunday, June 15, 2008

MENGAPA SERANG ANWAR???

Terdetik hati ini untuk menjelaskan kepada pembaca blog ini, mengapa banyak bingkisan dalam blog ini yang menyerang Anwar Ibrahim...Ianya bukanlah kerana Anwar Ibrahim itu musuh ketat atau musuh politik penulis. TETAPI dengan BUKTI yang LENGKAP dan SAHIH, Anwar adalah musuh kita semua..MUSUH yang kita lihat sebagai pejuang tetapi yang akhirnya akan menggunakan kuasanya untuk memusnahkan negara kita yang tercinta ini.


Bukalah minda kita, bukalah hati kita...supaya kita faham perjuangan 'LUHUR' Anwar hari ini hanya sekadar topeng untuk memikat, hanya sekadar menanam tebu di tepian bibir...Jangan kita terpesona dengan tarikan MAGNETO Anwar.


Menggunakan landasan mahasiswa sebagai medan kerana MAHASISWA lah yang mudah terpikat dengan agenda Anwar..keluh kesah dan keghairahan mahasiswa dengan isu negara telah membuka ruang kepada Anwar dan sekutunya untuk menggunakan kelompok kita senagai alat dan batu loncatannya.


Biarlah ruang ini menjadi timbang tara kepada mahasiswa untuk mendapat kepastian dan kebenaran.


Kehadiran sekalian Mahasiswa untuk berdiskusi amatlah dialu - alukan.


Tanpa MAHASISWA atau dengan MAHASISWA perjuangan mesti diteruskan.

PERENGGAN 3 : ANWAR DAN YAHUDI

Menyeru dengan kebenaran, menyeru dengan kesabaran, itulah landasan yang direstui ALLAH SWT. Mengingatkan diri sendiri dan rakan2 sekalian agar kita tidak goyang mahupun terlupa tentang amanah besar dibahu ini. AMANAH menyedarkan umat Melayu yang tidak mahu berfikir dan mengikut hati sahaja. IKUT RASA BINASA,IKUT HATI MATI.

Fakta kebenaran akan menutup Auta pembohongan. Janganlah risau saudara sekalian,TERUSKAN walau SETAPAK. Dengan rendah hati marilah kita memohon kepadaNYA, semoga terbuka hati yang tertutup, semoga sejuk hati yang panas, semoga berlapang hati yang membeku.


Kepada semua Umat Melayu, hari ini ada insan yang menyatakan perjuangan BANGSAMU tidak relevan lagi..PERJUANGAN RAKYAT adalah segala-segalanya. BENARKAH???atau itu hanya lembah yang menanti untuk menguburkan kita.

Jangan takut saudaraku, perjuangan bangsa adalah dituntut dalam ISLAM. Nasib bangsa hanya ditangan bangsa itu, bukan ditangan bangsa lain. Jangan tunduk dengan tekanan hebat hari ini, jangan takut menyatakan kebenaran. Rapatkan BARISAN, pastikan saf kita lurus.

INI SENJATA KITA, ANWAR IBRAHIM tidak boleh dibenarkan memimpin kerana dia adalah PETUALANG. Dia adalah MANDALIA zaman ini. MANDALIA adalah orang yang bertanggungjawab dalam keruntuhan Kesultanan Melayu Melaka kerana bersekongkol dengan Portugis.

Kenyataan Anwar :"Dari awal, sebanyak US$56 juta telah dijanjikan kepada Yayasan. Setakat ini,yayasan hanya menerima dana dari Turki,UK dan Jordan, antara lain. Amerika Syarikat tidak memberikan sebarang dana kepada yayasan"

Mari kita belajar menganalisis segala auta dan putar belit Anwar Ibrahim.

Satu, ternyata pembelit ini menyembunyikan fakta. Buktinya, putar belit Anwar bercanggah dengan kenyataan US Department of State yang menyatakan "To date, initial contributing governments have committed over $50 million to the Foundation, including $35 million from the United States through the Department's Middle East Partnership Initiative. Other financial contributors include Bahrain, Denmark, the European Commission, Greece, Hungary, Italy, Jordan, Netherlands, Spain, Switzerland, Turkey, Qatar, and the United Kingdom."

Kedua, Anwar cuba membelitkan fakta diatas ekoran isu yayasan itu di taja US dan Yahudi telah menjadi topik utama media massa. Malah sikap lidah bercabang Anwar Ibrahim juga terbukti kerana kenyataan diatas adalah sangat bercanggah dengan kenyataannya sebelum itu yang bertarikh 16 Julai 2006 dalam blognya.
"Walau pun Yayasan diperingkat awal ditaja dan dibiaya oleh Pemerintah, setakat ini berjumlah 55 juta dolar Amerika, tetapi Yayasan bebas bergerak merangka program dan strategi untuk mejana pembaharuan berdasarkan prinsip kebebasan dan demokrasi."

PERSOALANNYA??? YANG MANAKAH BENAR???

SEMUA KENYATAAN INI DATANG DARI LIDAH ANWAR SENDIRI DAN DATANG DARI MATA PENA PAPAN KEKUNCINYA.

Saudara sekalian (Penyokong taksub DSAI),

Saudara selalu menuduh orang yang menulis tentang DSAI adalah mereka yang buta hati kerana membaca UTUSAN dan BH serta tertipu dengan dakyah dan propaganda UMNO.

TETAPI, saudara sekalian harus faham dan tahu bahawa ini hasil bacaan tulisan DSAI sendiri.

MAKA, saudara sekalian juga buta hati dan mata kerana terpesona dengan dakyah DSAI yang lidahnya memang bercabang.

Yang Ketiga, Jika kita teliti kenyataannya pada 16 Julai 2006, DSAI menyebut tentang PEMERINTAH... Siapa PEMERINTAH yang bertanggungjawab keatas Yayasan Masa Depan ini?? Jordan kah? Bahrain kah? Afrika Utara kah? BUKAN!!! Jawapannya ialah AMERIKA SYARIKAT.

Ini kerana, pada 23 September 2006, Sandra Day Occour telah membawa Jawatankuasa Eksekutif Yayasan (5 orang termasuk DSAI) ke US untuk mengadakan perbincangan tertutup dengan US Depatment of State di Washington DC.

JIKA US tak terlibat dan membantu, KENAPA mesti perlu mengadakan perbincangan?TERTUTUP pula tu!!!MESTI ADA AGENDA kan!!!


AKHIR KATA,
Fahamilah bahawa tujuan penulisan ini hanya untuk mendedahkan anda dengan agenda Yahudi melalui idea NEO CONS dan telah membina rangkaiannya di Malaysia. ANWAR IBRAHIM MESTI DITOLAK DAN RAKYATLAH YANG BERHAK DAN BERKUASA DALAM HAL INI.

JANGAN TERPEDAYA DAN TERKESIMA DENGAN MADAH BERHELAH ANWAR IBRAHIM!!!!

KEPADA RAKAN-RAKAN,
Teruskan usaha membantu bangsa Melayu untuk memastikan ISLAM tetap di Tanah Melayu yang bernama MALAYSIA.

Sunday, June 1, 2008

KIAMAT DAH DEKAT


Tanpa sedar tanda kiamat semakin jelas di hadapan kita, dah banyak tanda yang timbul..baru2 ini di Sek Men Agama Pahang di Muadzam Shah tempat anak saudara belajar dikhabar muka surat Al Quran yang selalu digunakan telah hilang...ini bukan sesuatu pembohongan atau untuk menakut -nakutkan tetapi realiti yang benar2 terjadi...tetapi pihak sekolah terpaksa tutup kes bagi mengelakkan kegemparan....MASYALLAH...YA ALLAH, AMBIL LAH NYAWA HAMBA DALAM KEADAAN BERIMAN, SESUNGGUHNYA PADA MU SAHAJA TEMPAT HAMBA BERLINDUNG..AMIN.



Bila difikir - fikirkan, memang lah dunia ini semakin pendek usianya..banyak hal yang terjadi..semuanya membimbangkan..



Pengurusan negara juga semakin kucar - kacir.....menakutkan!!



Sedikit demi sedikit nikmat yang dikurniakanNya ditarik semula...memang menakutkan!!!



Pemimpin munafik dan fasik telah mula bermaharajalela...sudah mula mendapat tempat di hati rakyat...manakan tidak munafik jika lain yang dijanji lain pula yang dikotakan...Lihat saja di Selangor Darul Ehsan....Kerajaan Pakatan Rakyat milik PKR-PAS-DAP semakin jelas sifat munafiknya...yang terbaru Datuk Dr Hassan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor) mengHARAMkan program Islam Hadhari yang tidak selari dengan ajaran Islam yang mahu dibawa PAS..hanya kerana berbeza fahaman politik kita menolak ajaran agama yang hakiki....Na'uzbillah!!!



Dr Hassan Ali lebih sanggup mengHALALkan Kandang BABI yang juga di rancang oleh Kerajaan sebelumnya di Selangor..Lebih sanggup mengHALALkan kilang CARLSBERG di Shah Alam yang menjadi penyumbang utama pendapatan negeri Selangor..



APA INI SEMUA???



Apakah kerana program Islam Hadhari tidak memberi keuntungan kepada politik PAS dan Pakatan Rakyat....dalam hal ini tanpa rasa bersalah dan angkuhnya mereka mengharamkannya!!



ALASANNYA mudah, Islam Hadhari tidak memberi apa2 keuntungan samada secara kewangan atau keuntungan politik.



TETAPI yang menimbulkan keraguan mengapa projek Kandang Babi yang diluluskan oleh kerajaan BN diteruskan juga semasa pemerintahan Pakatan Rakyat???? MUSYKIL memang MUSYKIL...adakah kerana ada peluang untuk mendapat sedikit untung disitu??



Kilang Arak pula macamana???? Lesen Judi pula apa cerita???



Memang dunia nak kiamat...pemimpin munafik begini telah diangkat oleh rakyat untuk mentadbir...



Friday, May 30, 2008

TUN M vs UMNO

Tun Dr Mahathir telah mengisytiharkan keluar UMNO diikuti Tun Dr Siti Hasmah dan kemudiannya oleh Mokhzani, APAKAH FENOMENA INI ADALAH AGENDA PERIBADI TUN SAHAJA???

Isu ini dilihat sebagai tindakan POLITIK semata - mata oleh kebanyakan ahli politik samada orang UMNO sendiri mahupun orang2 pembangkang dan ahli komponen BN yang lain. INILAH KEDANGKALAN ILMU POLITIK ORANG POLITIK!!!

Wal hal rakyat melihat fenomena ini sebagai sesuatu yang menyeramkan dan bencana besar kepada negara!!

Jika anda ragu-ragu pergilah ke kedai2 kopi di kampung2, pergilah ke food court @ asrama di universiti2....PASTI anda dapat mendengar keluh kesah tentang fenomena ini....

RAKYAT tertanya - tanya???? arus manakah yang betul dan mesti diikuti??????

Mahu ikut UMNO/BN @ ikut TUN @ join Pakatan Rakyat?????

UMNO/BN dilihat sebagai parti yang telah mendapatkan kemerdekaan dari Inggeris...pengalaman mentadbir Malaysia lebih dari 50 tahun...dan pencapaiannya telah terbukti dibawah 4 Perdana Menteri terdahulu dengan perpaduan yang baik dikalangan rakyatnya....Jasa UMNO/BN memang tiada tolok bandingnya...Keyakinan rakyat terhadap parti ini memang tiada berbelah bahagi...rakyat memang mahu menyokong UMNO/BN...TETAPI UMNO/BN hari ini dilihat terlalu lemah di bawah pentadbiran PakLah...Tiada langsung tentangan atau bunyi2 untuk 'menentang' Kelemahan ini kecuali dari Mukhriz dan Ku Li sebagai orang yang senior dalam UMNO....nampaknya ahli UMNO/BN hari ini adalah ahli yang takut kehilangan jawatan dan pangkat....Jadi PERSOALAN RAKYAT ialah UMNO/BN sangat sukar untuk diharap ketika ini.

Kelibat TUN M dalam gelanggang politik hari ini dilihat sebagai GILA KUASA oleh kebanyakan ahli politik terutama di kalangan ahli UMNO peringkat atasan TETAPI pada RAKYAT kelibat beliau sebagai sesuatu yang RELEVAN dan mesti diambil berat, RAKYAT berfikir mesti ada sesuatu yang tidak kena dalam pimpinan hari ini jika tidak masakan TUN M marah sebegini...RAKYAT melihat TUN M sebagai pengangkat Tamadun Malaysia di mata dunia...malahan di peringkat antarabangsa suaranya masih diterima pakai, buah butir bicaranya masih didengari. INILAH YANG MENYEPIT rakyat untuk memilih antara UMNO/BN @ TUN M???? kedua - duanya sangat melekat dihati rakyat...tetapi kedua - duanya punya kelemahan ....UMNO/BN lemah kerana pemimpinnya dan TUN M lemah kerana kuasanya sangat terhad hari ini.

Jadi yang menangguk di air keruh ialah Pakatan Rakyat yang agendanya untuk RAKYAT sangat kabur....tetapi lebih kepada agenda peribadi dan agenda badan politik semata - semata....JANJI2 MANISNYA kini telah diabetis kepada diri sendiri dan RAKYAT semakin faham bahawa mereka bertanding hanya sekadar untuk menjadi ahli pembangkang bukan untuk memerintah sebab itulah mereka boleh menjanjikan langit dan bumi,BUKTINYA MUDAH...tiada pakatan yang sahih dan nyata antara PKR, PAS dan DAP semasa penamaan calon PRU 12 yang lalu. Mereka bertanding atas kapasiti parti masing2 dan berunding serta berpakat tanpa pelarsan yang jelas..di Kelantan, PAS bergerak secara solo kerana keyakinan yang tinggi tanpa perlu mengharap belas ihsan komponen pembangkang lain(PKR hanya melukut ditepian gantang sahaja di Kelantan) TETAPI di Selangor kerjasama antara PKR - PAS sangat erat dan utuh sehinggakan PAS Selangor sanggup menerima kandang BABI PKR di sana.

Di Penang, DAP sangat angkuh dengan kabinet negerinya tanpa mengambil kira PKR dan PAS TETAPI di Perak mereka sanggup menerima MB dari kalangan orang PAS dan menganggap PAS seperti saudara sendiri..INI SEMUA HANYA KERANA KEPENTINGAN KUASA PERIBADI MASING2......

MARILAH MAHASISWA SEKALIAN KITA BERFIKIR DAN MENCARI JALAN YANG TERBAIK...SUPAYA ARUS YANG KITA IKUTI NANTI ARUS YANG AKAN MEMANFAATKAN SEKALIAN ALAM INI.

Tuesday, May 6, 2008

ANWAR DAN YAHUDI: SIRI 2

Tulisan tempoh hari sudah pun disiarkan, Terima Kasih atas kesanggupan menerima tulisan ini.

Hari ini kita bongkar maksud tersirat Perenggan Kedua kenyataan yang sama. Kenyataan Media Anwar Ibrahim mengenai Foundation For The Future.Kenyataan Anwar: "Yayasan tersebut merupakan sebuah badan yang independen, melibatkan kerajaan dan masyarakat madani ntuk menyokong badan-badan bukan kerajaan di dalam usaha membangunkan demokrasi dan kebebasan di Timur Tengah dan Afrika Utara.

"BACALAH DENGAN TELITI APA ISI KANDUNGAN KENYATAAN INI.

Yang pertama, adakah yayasan ini badan independen? JAWAPANNYA TIDAK! (akuilah kenyataan ini wahai umat keAdilan). Seperti penulisan siri Satu Yayasan Masa Depan yang didukungi oleh Anwar Ibrahim adalah pro US kerana dikawal Elizabeth Cheney dan ditampung dananya oleh USAID, MEPI, World Bank, IMF & National Endowment For Democracy (NED).

Yang kedua, Elizabeth Cheney dibantu oleh Shaha Ali Riza yang dipindahkan dari Bank Dunia ke The US State Department oleh Paul Wolfowitz (Presiden Bank Dunia)pada September 2005.

Yang Ketiga, mengapa Shaha Ali Riza dipindahkan? Pemindahan Riza dari Bank Dunia adalah untuk menutup "conflict of interest" skandal peribadi dengan Paul Wolfowitz. Selain itu, kepakaran dan pengaruh Riza di Timur Tengah & Afrika Utara (semasa di Bank Dunia) adalah amat diperlukan untuk membantu Yayasan Masa Depan.

Yang Keempat, Riza mencadangkan kepada Elizabeth 3 nama Islam yang Pro US untuk menjadi jawatankuasa pemilih Board of Director yayasan. Mereka ialah ANWAR IBRAHIM (MALAYSIA), Rahma Bourqia (Maghribi) dan Bakhtiar Amin (Iraq). Ketiga-tiga mereka ini mempunyai sejarah peribadi iaitu pernah dibiayai US.

Yang Kelima, ANWAR IBRAHIM, Pengerusi Yayasan Masa Depan adalah bekas pekerja di Bank Dunia, John Hopkins & Georgetown University, US. Dia dianggap sebagai "duta US" di negara-negara Islam di Timur Tengah, Afrika Utara, Asia Tenggara dan Asia berdasarkan perlantikannya sebagai Diplomat Jemputan, Couincil of Foreign Relations, New York.Rahma Bourqia(Naib Pengerusi Yayasan) & Bakhtiar Amin tidak perlu dibuktikan lagi kecenderungan mereka kepada US dan Yahudi.

Yang Keenam, Anwar menyebut tentang 'kerajaan dan masyarakat madani'. Adakah Kerajaan Malaysia mengiktiraf pertubuhan ini di Malaysia? tentu TIDAK! Jadi kerajaan mana yang mengiktiraf Yayasan yang dibawa Anwar? Pastilah kerajaan yang mahukan New World Order diterima di serata pelusuk dunia. Kerajaan US yang didalangi Yahudi.

KESIMPULANNYA, Anwar memang agen Yahudi dan akan terus konsisten membawa agenda Yahudi di Malaysia.

Baru kita analisis dua perenggan dalam satu kenyataan, kita sudah memperoleh 12 bukti atau perkara yang mengaitkan Anwar dan Yahudi.

Kepada seluruh pembaca, tulisan ini hanya membawa bersama niat untuk melihat Malaysia ini terus makmur dan Islam terus subur dibumi ini.

Sampaikan tulisan ini kepada rakyat yang terkeliru di luar sana.

Menyampaikan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Semoga bertemu lagi di masa depan.

Sunday, May 4, 2008

DI MANA MAHASISWA : AKHBAR GEREJA MOHON GUNA PERKATAAN ALLAH

Hari ini, 5 mei 2008 Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan gereja Katholik untuk membuat semakan terhadap larangan penggunaan perkataan ALLAH dalam penerbitan mereka iaitu Herald-The Catholic Weekly. SATU PERMULAAN SEMULA untuk menidakkan kepercayaan umat Islam dan satu bentuk penghinaan terhadap Islam.

Di mana Mahasiswa yang kononnya memperjuangkan Islam? Di mana Mahasiswa yang dikatakan sensitif terhadap isu dalam negara? Di mana Mahasiswa yang selalu berdemonstrasi atas nama kebebasan bersuara? Di mana Mahasiswa yang mendakwa mereka adalah Persatuan Mahasiswa Islam? Apakah ulasan dan pandangan Zainul Faqar dalam blognya yang sangat berpengaruh? Di mana Azlan Zainal bersembunyi dalam hal ini? Di mana YDP MPP dan ahlinya? Di mana intelektualnya Mahasiswa menyelesaikan isu secara rundingan? Di mana Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan?

Mengapa tiada apa-apa perarakan Mahasiswa di hadapan Mahkamah Tinggi hari ini? Mengapa mahasiswa mendiamkan diri? Mengapa mahasiswa tidak menantikan keputusan mahkamah ini?

MUNGKIN KERANA ISU INI TIDAK MEMBERI SEBARANG POPULARITI KEPADA MAHASISWA ATAU MAHASISWA YANG TERBUKA HARI INI MEMANG BERSETUJU SUPAYA PERKATAAN ALLAH BOLEH DIGUNA PAKAI OLEH SESIAPA PUN.

JIKA MAHASISWA GAGAL ATAU TIDAK BERJUANG DALAM ISU INI, MOLEK BENARLAH DIBUBARKAN SAHAJA PARTI MAHASISWA NEGARA, ELOKLAH DIKAFANKAN SAHAJA PERSATUAN MAHASISWA ISLAM.

Mahasiswa yang dilihat sebagai agen perubahan sebenarnya adalah agen tunggangan semata-mata. Mahasiswa hanya akan beraksi apabila ada 'sebatan' dari penunggangnya, Mahasiswa hanya akan kedengaran 'salakannya' apabila tuannya diganggu gugat. Mahasiswa akan berkejaran dengan jeliran lidahnya apabila tuannya memanggil untuk diberi makanan.

MALANG SUNGGUH KITA KERANA HARAPAN KITA KEPADA MAHASISWA HANYA TINGGAL HARAPAN.

Untuk Mahasiswa

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya.

Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu

Banjar juga disebut Melayu,

Minangkabau memang Melayu,

Keturunan Aceh adalah Melayu,

Jakun dan Sakai asli Melayu,

Arab dan Pakistani, semua Melayu

Mamak dan Malbari serap ke Melayu

Malah mualaf bertakrif Melayu

oleh : Allahyarham Usman Awang

PILIHANRAYA KAMPUS : APA PULA KEPUTUSANNYA?

Sedikit bingkisan untuk renungan bersama, Pilihanraya Umum Ke 12 telah berlalu malah isu-isu pentadbiran kerajaaan negeri juga telah dibangkitkan. Selangor dengan babi-babinya, Pulau Pinang dengan pentadbiran contoh Umar Abdul Aziz, Perak dengan isu pertukaran 24 jam, Terengganu dengan misi MB barunya, Sabah dan Sarawak dengan isu lompat parti...macam-macam yang timbul.

Apa pula yang bakal berlaku di universiti awam apabila menjelang Piliharaya Kampus 2008? Apakah signifikannya dengan PRU 12, apa pula persiapan Pro Aspirasi dan apa pula strategi Pro Mahasiswa? Mungkinkah terjemahan rakyat dalam PRU 12 yang menolak dan memprotes BN akan turut menjadi petunjuk kepada mahasiswa untuk menolak calon-calon Pro Aspirasi? PRK 2007 menonjolkan kekuatan barisan Pro Aspirasi di semua Universiti kecuali di UIA yang menunjukkan kekebalan Pro Mahasiswa.

Mungkin juga, hari ini Pro Mahasiswa begitu berkobar-kobar untuk menang kerana petunjuk positif dan cenderung kepada mereka. Dalam analisis pemerhati politik menyebut tentang kekalahan BN dalam PRU 12 adalah disebabkan oleh pengundi muda. Jadi pengundi muda ini rata-rata adalah bekas mahasiswa dan juga mahasiswa. Jika analisis ini di ambil kira, maka kesan tsunami pilihanraya umum akan sekali lagi menggoncang dan meruntuhkan Pro Asprasi di semua Universiti.

Seronok juga melihat pertembungan angin ini, pertempuran politik pasti akan lebih sengit. Penglibatan pihak luar juga pasti akan wujud di universiti terutama di universiti utama. Semua pihak yang terlibat pasti mahukan kemenangan untuk memastikan kredibiliti mereka tidak tersentuh. Jadi tidak hairanlah tahun 2008 akan menyaksikan duit-duit bertaburan disana-sini. Mungkin andaian ini satu kejahilan tetapi inilah realiti yang berlaku dalam PRK.

Eloklah persoalan ini digantung dahulu untuk tatapan minda mahasiswa. Semoga PRK 2008 berjalan lancar dan hangat, lebih hangat dari biasa.

Thursday, April 17, 2008

ANWAR IBRAHIM AGEN YAHUDI: INI BUKTINYA!

Anwar selalu mencabar media arus perdana untuk membuktikan tuduhan yang dia adalah agen yahudi. Tapi bila di buktikan maka dia akan cakap yang itu hanya alat kerajaan untuk menjatuhkannya.

Oleh itu, kita mengambil keputusan untuk membuktikannya dalam media arus elektrik ini.Hari ini kita akan buktikan PENGLIBATAN YAHUDI DALAM FOUNDATION FOR THE FUTURE yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim.

Dalam blognya, pada 20 May 2007 iaitu Kenyataan media Anwar Ibrahim mengenai Foundation for the future. Kita akan analisis kenyataannya yang jika tidak di teliti akan menutup hati kita tanpa apa2 prasangka terhadap dsai. Hakikatnya, banyak kenyataannya boleh di pertikaikan dan membuktikan dia terlibat dengan agenda yahudi menjatuhkan Islam.

Kenyataan Anwar: "Foundation For The Future (Yayasan Masa Depan)mula2 di umumkan di Bahrain pada November 2005 oleh menteri-menteri luar dan pembangunan dari Timur Tengah, Afrika Utara, Eropah dan Amerika Syarikat"

ANALISIS DAN KRONOLOGI YANG PERLU DIKETAHUI!!!!

1. FFF diumumkan oleh Condoleeza Rice (US Secretary of State) di Bahrain pada 12 November 2005 semasa merasmikan Forum For The Future.

2. Forum For The Future pula adalah usahasama antara Middle Eastern & North African Nations dan The Group of Eight (G8) yang ditaja oleh International Monetary Fund (IMF), World Bank, Asian Development Bank & The International Finance Corporation.

3. Menurut kenyataan US State Governments, penaja utama G8 Broader Middle East and North African Initiative adalah The United State Agency for International Development (USAID) dan The US Middle East Partnership Initiative (MEPI)

4. MEPI adalah projek US Department of State yang diuruskan oleh Elizabeth Cheney (anak Dick Cheney) yang berjaatan sebagai Principal Deputy Assitant Secretary of State Near Eastern Affair dan Coordinator for Broader Middle East and North African Initiatives (BREMA).

5. INI BERMAKNA..Foundation For The Future (Yayasan Masa Depan) yang diketuai Oleh ANWAR IBRAHIM adalah projek US Department of State,yang dikendalikan oleh Elizabeth Cheney, dengan bantuan kewangan dari USAID, MEPI, BANK DUNIA, IMF & NATIONAL ENDOWMENT FOR DEMOCRACY (NED)

6. Keahlian FFF adalah gabungan antara Middle Eastern & North Africans Nations & The Group of Eight (G8)

KESIMPULANNYA, Anwar Ibrahim memang terlibat dengan agenda Yahudi dan dia adalah jelmaan Mustpha Kamal Atturtuk di Malaysia.

Kita faham pendedahan ini tidak cukup kuat untuk membuka hati sanubari pembaca untuk tidak menyokong Anwar Ibrahim. Tetapi kita akan membuat penjelasan dari semasa ke semasa.

Jika anda cinta Malaysia, Melayu dan Islam, ikuti pendedahan ini akan datang.

Kita tetap berpesan dengan sabar dan mengikut hak.

INI HANYA ANALISIS PERENGGAN PERTAMA. IKUTI ANALISIS PERENGGAN LAIN KENYATAAN YANG SAMA DALAM PENDEDAHAN AKAN DATANG!!!!

Wednesday, April 16, 2008

SEDARLAH MAHASISWA

Assalammualaikum dan salam sejahtera mahasiswa.

Di malam yang dingin ini, marilah kita bersama bermuhasabah diri. Apakah perjuangan ini perjuangan murni @ perjuangan ini hanya untuk kepentingan dan agenda menjatuhkan bangsa? Apakah agenda Islam telah di seleweng demi mengecap nikmat dunia yang sementara? atau jalanan demonstrasi hanya untuk menggigit tangan yang menyuap kita?

Ayuh! Sedarlah wahai mahasiswa! Kita lebih banyak menyeleweng dari tumpuan mengangkat bangsa dengan ilmu dan pendidikan. Kita terlalai dengan agenda puak lain. Apakah mahasiswa hari ini terlupa tentang agenda utama mereka? Agenda untuk memanfaatkan masa muda sebelum tua menangguk ilmu sebanyaknya. Apakah kegopohan mahasiswa hari ini untuk terlibat dalam politik satu bentuk pengisian masa lapang sebelum sibuk?

Benar memang benar, politik satu bentuk ilmu yang perlu sebagai bekalan masa depan kerana mahasiswa adalah future leader, atas dasar inilah ramai dari kalangan kita yang terperangkap. Kita telah meletakkan keperluan menguasai ilmu politik sehingga melampaui batas-batasnya, kita menggadaikan keperluan ilmu lain. Ini bukanlah satu bentuk pelaksanaan yang bijaksana.

Ayuh! Sedarlah! Pulanglah ke landasan asal kita, banyak lagi cabang ilmu yang perlu kita kuasai. Jangan mudah terikut-ikut, jangan mudah terpedaya, sampaikanlah kebenaran dengan hemah tinggi dan bijaksana. Teladani kepimpinan Rasulullah S.A.W yang telah mengangkat keagungan Islam. Turuti kesinambungan khalifah-khalifah Islam.

MAHASISWA KITA

Selalu kita dengar, mahasiswa kita dipergunakan. benarkah??? adakah anda dipergunakan?? YANG PASTI, memang ada keterlibatan puak-puak berkepentingan menggunakan mahasiswa atas pelbagai alasan untuk mengajak mahasiswa 'berurusan' dengan hal-hal yang akan memberi keuntungan kepada puak-puak ini. Dari masa ke masa kita akan membuktikan kenyataan ini.
Hari ini, sudah ada Parti Mahasiswa Negara yang dipelopori oleh Azlan Zainal, tapi kita tahu mereka ini adalah kuda tunggangan. Ada banyak kaitannya, misalnya slogan PMN "Generasi Baru Untuk Malaysia Baru" ada kena mengena dengan slogan PKR @ DSAI "Harapan Baru untuk Malaysia". Background warna pun ada kesamaan iaitu warna kuning. Adakah ini semua secara kebetulan @ PMN memang kuda tunggangan PKR dan PAS. BERFIKIRLAH wahai Mahasiswa!!!!
Parti Mahasiswa Negara telah mencemar keagungan universiti sebagai platform percambahan ilmu. PMN telah menunjukkan mahasiswa hari ini memang redha untuk ditunggangi. Mereka ini selalu menentang campurtangan kerajaan @ UMNO dalam universiti tetapi mereka sendiri adalah alat PKR dan PAS. INIKAH YANG DIKATAKAN PEJUANG HAK KEBEBASAN BERSUARA DAN BERFIKIR?????
Sebagai mahasiswa, kita mempunyai 2 pilihan sahaja. Yang PERTAMA, kita menolak elemen-elemen asing ini secara total. Atau Pilihan KEDUA, kita menerima sahaja. jangan kita persoalkan penglbatan puak-puak ini dalam kampus. Mana yang menjadi pilihan anda??? JAWAPANNYA hanya terletak pada hati mahasiswa sekalian.